أهلا وسهلا يا رمضانا
Tarikh: 26 SYAABAN 1440H bersamaan 2 MEI 2019....Kaherah
Ramadhan hampir menjelma. Hanya kurang daripada Lima hari kita semua akan dikunjungi satu bulan yang sarat dengan keistimewaannya.
Hendaklah kita merasa gembira dengan Ramadhan yang bakal menjelma dengan tawaran tuhan yang lumayan. Sebaliknya golongan munafiq pula merasa gelisah, buntu dengan Ramadhan. Maka benarlah sabda Nabi ﷺ :
أَظَلَّكُمْ شَهْرُكُمْ هَذَا بِمَحْلُوفِ رَسُولِ اللهِ، مَا مَرَّ بِالْمُؤْمِنِينَ شَهْرٌ خَيْرٌ لَهُمْ مِنْهُ، وَلَا بِالْمُنَافِقِينَ شَهْرٌ شَرٌّ لَهُمْ مِنْهُ، إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ لَيَكْتُبُ أَجْرَهُ وَنَوَافِلَهُ مِنْ قَبْلِ أَنْ يُدْخِلَهُ، وَيَكْتُبُ إِصْرَهُ وَشَقَاءَهُ مِنْ قَبْلِ أَنْ يُدْخِلَهُ
Maksudnya: “Allah Subhanahuwataala naungkan kepada kamu dengan berlabuhnya bulan Ramadhan ini dengan Rasulullah ﷺ bersumpah: “Tiadalah berlalu ke atas orang Islam bulan yang lebih baik bagi mereka daripada bulan Ramadhan dan tidaklah kepada munafiq itu lebih teruk daripada bulan Ramadhan. Sesungguhnya Allah ﷻ menulis pahala ganjarannya sebelum menjelmanya bulan dan juga menulis dosa serta kehinaan sebelum masuknya bulan Ramadhan.”
Riwayat Ahmad di dalam Musnadnya (8870) & Ibn Khuzaimah di dalam Sahihnya (1884). Sanadnya dho’if kerana terdapatnya Tamim maula Abu Rumanah.
Alangkah beruntungnya seseorang yang memahami nilai dan fadhilat dan kelebihan bulan tersebut yang ditambah dengan menekuni fiqh Ramadhan sama ada fiqh siyam (puasa) atau yang lain-lain lagi.
Kedatangan Ramadhan pada kali ini, amat perlu kita isi dengan segala bentuk amalan kebajikan yang disunnahkan oleh Baginda Sallahualaihiwasallam. Dan Ada yang lebih penting lagi, iaitu pastikan Ramadhan pada kali ini tidak dinafikan pahala ibadat yang kita tunaikan . Ini kerana jika kita melanggari syarat dan adab yang wajib kita tunaikan,maka akan ternafilah pahala yang akan kita perolehi. Hal ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah Sallahualaihiwasallam:
وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ، فَلاَ يَرْفُثْ وَلاَ يَصْخَبْ، فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ، أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ
Maksudnya: Maka apabila pada hari kamu berpuasa maka janganlah bercakap kotor dan meraung marah. Maka apabila seseorang mencelanya atau memeranginya maka hendaklah dia berkata: Sesungguhnya aku berpuasa, Sesungguhnya aku berpuasa.
Riwayat Bukhari (1904)
Justeru manual harian Ramadhan dilaksanakan dalam mengukur piawaian pencapaian antara yang terutamanya adalah niat, yakni berpuasa hanya kerana Allah,ianya akan meninggikan nilai ibadat ini. Firman Allah SWT:
وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّـهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ
Maksudnya: Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, (Surah al-Bayyinah: 5)
Marilah sama-sama kita menginsafi diri kita seterusnya menjadi yang terbaik dalam kesempatan yang ada dalam menyambut Ramadhan al-Mubarak.
Kita mengharapkan agar Ramadhan pada kali ini diisi dengan penuh acara kebaikan sama ada amalan sunat dan sudah semestinya yang wajib perlu dilakukan dengan seterbaik mungkin.
Meriah menyambut Ramadhan dengan lampu-lampunya: Di Hayyi Sabei, Madinah al-Nasr, Kaherah. 👇
Disesetengah tempat hanya meriah hendak menyambut Syawwal😃😁🎆🎇
No comments:
Post a Comment