Thursday, October 31, 2019

Selamat Tinggal Malaysia: Berpetualang ke bumi kelahiran Nabi Musa as.

Tarikh: 23 REJAB 1440H
bersamaan 30 MAC 2019

Daripada Salim ra bahawa Ibn Umar ra berkata kepada seseorang apabila hendak melakukan musafir : “Datanglah  kepadaku, aku ingin menyampaikan ucapan perpisahan sebagaimana Rasulullah Sallalahu'alahiwasallam mengucapkan kepada kami, kemudian beliau mengucapkan:

أَسْتَوْدِعُ اللَّهَ دِينَكَ وَأَمَانَتَكَ وَخَوَاتِيمَ عَمَلِكَ

Bermaksud: “Aku menyerahkan kepada Allah urusan agama kamu, amanah kamu dan pengakhiran amalan kamu.” (Hadith riwayat at-Tirmizi, No. Hadith : 3443, Abu Dawud, No. Hadith : 2600, Ibnu Majah, No. Hadith : 2826, Ahmad, No. Hadith : 4296, 4550).

Matan Hadith di atas:

عَنْ سَالِمٍ أَنَّ ابْنَ عُمَرَ كَانَ يَقُولُ لِلرَّجُلِ إِذَا أَرَادَ سَفَرًا ادْنُ مِنِّي أُوَدِّعْكَ كَمَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُوَدِّعُنَا فَيَقُولُ أَسْتَوْدِعُ اللَّهَ دِينَكَ وَأَمَانَتَكَ وَخَوَاتِيمَ عَمَلِكَ

Pengajaran Hadith :

1. Musafir adalah perjalanan seseorang hamba daripada satu tempat ke satu tempat yang lain. Ianya boleh menyebabkan kesulitan dan kemudharatan kerana menimbulkan kesukaran, keletihan dan menghalang keselesaan, kerehatan serta kesempurnaan dalam beribadah sepanjang perjalanan.  Justeru, Rasulullah Sallalahu'alahiwasallam telah mengajar para sahabat dan umat Baginda Sallalahu'alahiwasallam mengenai sunnah semasa bermusafir agar setiap kesusahan dan kesukaran yang dihadapi tidak terlepas daripada mendapat ganjaran pahala di sisi Allah Sallalahu'alahiwasallam.

2. Antara sunnah yang sangat baik untuk diamalkan apabila seseorang hendak melakukan musafir ialah mengucapkan doa kepadanya sebagaimana doa di atas. Terdapat juga dalam hadith yang lain doa berikut:

زَوَّدَكَ اللَّهُ التَّقْوَى وَغَفَرَ ذَنْبَكَ وَيَسَّرَ لَكَ الْخَيْرَ حَيْثُمَا كُنْتَ

Bermaksud : “Semoga Allah SWT membekalkanmu dengan ketaqwaan, mengampunkan dosamu dan Allah memudahkan kebaikan untukmu di mana sahaja kamu berada.”

3. Kebiasaannya, bermusafir akan menyebabkan hilangnya kesenangan dan keselesaan dalam melakukan amalan harian mahupun beribadah. Oleh sebab itu, Islam telah memberikan rukhsah (keringanan) kepada seseorang yang bermusafir.  Sebagai Muslim hendaklah kita mendoakan orang yang akan bermusafir dan berpesan kepada beliau untuk sentiasa bertaqwa dan menjaga amalan ibadah sepanjang perjalanan tersebut.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ



No comments:

Post a Comment

Nabi Muhammad obor masyarakat dalam semua perkara termasuk aqidah, Syariat dan akhlak

Nabi Muhammad obor masyarakat dalam semua perkara termasuk aqidah, Syariat dan akhlak Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam diutuskan ...