Qiyam di dalam bulan Ramadhan
Qiyam yang dimaksudkan di sini ialah dengan menghidupkan malam hari di bulan Ramadhan dengan beribadah kepada Allah ﷻ. Disunatkan bagi kita untuk menunaikan solat sunat yang dikenali dengan Solat Taraweh secara berjemaah ataupun bersendirian. Terdapat sebuah hadith yang menceritakan tentang ganjaran bagi mereka yang menunaikan qiyam. Ianya sepertimana sabda Rasulullah ﷺ:
مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ قِيَامَ لَيْلَةٍ
Maksudnya: Barang siapa yang solat qiyam bersama imam sehingga selesai, maka Allah telah memberikannya ganjaran qiyam sepanjang malam.
Riwayat Al-Tirmizi (806), Al-Nassa’ie (1605) & Ibn Majah (1327)
Maka rebutlah peluang ini serta ditambahkan lagi dengan amal-amal yang lain di siang harinya agar tawaran yang telah disediakan oleh Allah ﷻ ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh kita.
Golongan salaf yang terdahulu menyambut Ramadhan dengan taubat nasuha kepada Allah ﷻ dan kembali kepada-Nya dengan mengerjakan ketaatan, memperbaiki diri sama ada dalaman dan luaran, bersedia dengan bersungguh-sungguh untuk melakukan ibadah puasa, solat, membaca al-Quran, berzikir dan semua jenis ibadat.”
Justeru itu, dapat dimaklumi bahawa Ramadhan membawa seribu satu macam kebaikan yang mana sudah barang pasti dapat dimanfaatkan oleh mukmin sejati sama ada amalan yang wajib atau yang sunat seperti tadarus al-Quran, qiyammullail, solat taraweh dan lain-lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Al-Quran Teman Hidup
Al-Quran Teman Hidup Menurut al-Qamus al-Muhit, al-Quran dari sudut bahasa bermaksud al-Tanzil (التَّنْزيل) iaitu yang diturunkan. ( (Lihat ...
-
Hubungan adik-beradik Perbicaraan mengenai kaum kerabat dan kewajipan saling bertanggungjawab sesama mereka, ini diutamakan kepada adik-bera...
-
Hukum Puasa enam di Bulan Syawal serta permasalahan yang berkaitan dengannya dan pendapat Imam Malik tentang hukum puasa enam di bulan Syaw...
-
Menghayati Kasih Ibu Islam adalah sebuah agama yang sangat menitik beratkan soal berbuat baik kepada kedua ibubapa. Bahkan amalan birr al-wa...
No comments:
Post a Comment