Thursday, February 26, 2026

BuIan Ramadhan; Bulan Mulia, Bulan keberkatan dan keampunan

BuIan Ramadhan; Bulan Mulia, Bulan keberkatan dan keampunan

Ramadhan merupakan bulan Islam yang kesembilan selepas bulan Syaaban dan terletak padanya kewajipan berpuasa ke atas seluruh umat Islam. Ia merupakan bulan yang ditunggu-tunggu berikutan terdapat ganjaran yang cukup istimewa kepada umat Islam.

Bulan Ramadhan ialah bulan mulia yang penuh keberkatan, rahmat, dan keampunan, dianggap seperti permata berharga dengan ganjaran pahala yang digandakan. Ia adalah masa utama untuk meningkatkan ibadah, bersedekah, dan menghidupkan malam dengan solat terawih. Umat Islam digalakkan menyebarkan salam, memberi makan, serta menyambung silaturrahim untuk meraih keredhaan Allah Subhanahuwata'ala.

Sebagai bulan meningkatkan ibadah dan bulan memperolehi ganjaran berlipat kali ganda, banyak amal baik yang boleh kita cuba lakukan dan berazam untuk meneruskannya dengan istiqamah agar ia dapat mengubah diri daripada tidak baik kepada baik, daripada baik kepada lebih baik.

Bulan Ramadhan dianggap mulia kerana ia adalah bulan suci yang penuh keberkatan, rahmat, dan keampunan, di mana umat Islam diwajibkan berpuasa, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, dan syaitan dibelenggu. Ia juga istimewa kerana penurunan Al-Quran (Nuzul Quran) dan mengandungi Lailatulqadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

1- Bulan ini dipilih sebagai bulan untuk berpuasa dan pada bulan ini pula Al-Qur’an diturunkan. Sebagaimana Allah Ta’ala berfirman,

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ

Maksudnya:''(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil). Kerana itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu''.  Al Baqarah ayat 185.

Ibnu Katsir rahimahullah tatkala menafsirkan ayat yang mulia ini mengatakan, ”(Dalam ayat ini) Allah Ta’ala memuji bulan puasa –Iaitu bulan Ramadhan- dari bulan-bulan lainnya. Allah memuji demikian kerana bulan ini telah Allah pilih sebagai bulan diturunkannya Al-Qur’an dari bulan-bulan lainnya. Sebagaimana pula pada bulan Ramadhan ini Allah telah menurunkan kitab ilahiyah lainnya pada para Nabi ’alaihimus salam''. Lihat Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, 2/179.

2- Syaitan-syaitan dibelenggu, pintu-pintu Neraka ditutup dan pintu-pintu Syurga dibuka ketika Ramadhan tiba. Dari Abu Hurairah radhiyallahu'anhu bahawa Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,

إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ

Maksudnya:''Apabila Ramadhan tiba, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, dan syaitan pun dibelenggu''. Riwayat Bukhari (3277) dan Muslim (1079).

Al-Qodhi ‘Iyadh (476-544 H/1083-1149M dari Andalusia (Ceuta) ) mengatakan, “Hadith di atas boleh bermaksud, terbukanya pintu syurga dan tertutupnya pintu Jahannam dan terbelenggunya syaitan-syaitan sebagai tanda masuknya bulan Ramadhan dan mulianya bulan tersebut'' .Lanjutnya Al Qodhi ‘Iyadh, berkata,''Juga boleh bermaksud terbukanya pintu syurga kerana Allah memudahkan berbagai ketaatan pada hamba-Nya di bulan Ramadhan seperti puasa dan solat malam. Hal ini berbeza dengan bulan-bulan lainnya. Di bulan Ramadhan, orang akan lebih sibuk melakukan kebaikan daripada melakukan kemaksiatan. Inilah sebab mereka dapat memasuki syurga dan pintunya. Sedangkan tertutupnya pintu neraka dan terbelenggunya syaitan, inilah yang mengakibatkan seseorang mudah menjauhi maksiat ketika itu''. Lihat Al Minhaj Syarh Sahih Muslim, 7/188.

3- Terdapat malam yang penuh kemuliaan dan Keberkatan. Pada bulan Ramadhan terdapat suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu lailatul qadar (malam kemuliaan) dan pada malam itu juga al-Qur'an diturunkan.

Allah Subhanahuwata’ala berfirman,

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ . وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ . لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ.

Maksudnya:''Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada lailatul qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan''. Surah Al Qadr ayat 1-3.

Dan Allah Subhanahuwata’ala juga berfirman,

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ

Maksudnya:''Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan''. Surah Ad-Dukhan ayat 3.

Yang dimaksud malam yang diberkati di sini adalah malam lailatul qadr. Inilah pendapat yang dikuatkan oleh Ibnu Jarir Ath Thobari rahimahullah. Lihat Tafsir Ath Thobari, 21/6. Inilah yang menjadi pendapat jumhur ulama di antaranya Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma. Lihat Zaadul Masiir, 7/336-337

4. Bulan Ramadhan adalah salah satu waktu dimakbulkan doa. Dari Jabir bin ‘Abdillah, Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,

إِنَّ لِلّهِ فِى كُلِّ يَوْمٍ عِتْقَاءَ مِنَ النَّارِ فِى شَهْرِ رَمَضَانَ ,وَإِنَّ لِكُلِّ مُسْلِمٍ دَعْوَةً يَدْعُوْ بِهَا فَيَسْتَجِيْبُ لَهُ

Maksudnya:''Sesungguhnya Allah membebaskan beberapa orang dari api neraka pada setiap hari di bulan Ramadhan,dan setiap muslim apabila dia memanjatkan doa maka pasti dikabulkan''. Riwayat Al Bazaar. Al Haitsami dalam Majma’ Az Zawaid (10/149) mengatakan bahwa perowinya tsiqoh (terpercaya). Lihat Jaami’ul Ahadits, 9/224.

Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,

ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمُ الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ وَالإِمَامُ الْعَادِلُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ

Maksudnya:"Tiga orang yang doanya tidak tertolak: orang yang berpuasa sehingga ia berbuka, pemimpin yang adil, dan doa orang yang dizolimi''. Al-Tirmidzi (3598)

Imam An-Nawawi rahimahullah menjelaskan, “Hadith ini menunjukkan bahawa disunatkan bagi orang yang berpuasa untuk berdoa dari awal ia berpuasa hingga akhirnya kerana ia dinamakan orang yang berpuasa ketika itu''. Lihat Al Majmu’, 6/375. Imam An-Nawawi rahimahullah mengatakan pula, “Disunatkan bagi orang yang berpuasa ketika ia dalam keadaan berpuasa untuk berdoa demi keperluan akhirat dan dunianya, juga pada perkara yang ia sukai serta jangan lupa pula untuk mendoakan kaum muslimin lainnya.

Bulan Ramadhan juga dikenali dengan nama شهرالمبارك bermaksud "Bulan yang Penuh Keberkatan" atau "Bulan yang Diberkati". Ia merupakan salah satu julukan atau sebutan bagi bulan Ramadhan, yang menandakan waktu tersebut dipenuhi dengan kebaikan, rahmat, keampunan, serta ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah Subhanahuwata'ala.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan kerana ia merupakan waktu suci yang diwajibkan berpuasa, membuka pintu rahmat dan pengampunan (maghfirah), serta melipatgandakan pahala ibadah. Ia menjadi medan penyucian jiwa daripada dosa, mendidik kesabaran, serta memperkukuh hubungan spiritual antara hamba dan Allah Subhanahuwata'ala.

Bulan Ramadhan ialah bulan penuh rahmat, keberkatan, keampunan Allah Subhanahuwata'ala dan ia merupakan satu tempoh istimewa yang dijanjikan Allah Subhaahuwata’ala untuk dilipat gandakan pahala setiap amalan yang dilakukan oleh umat Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam yang dilakukan dengan keimanan dan keikhlasan. Ia adalah waktu di mana pintu taubat dibuka luas, pintu syurga dibuka, dan pintu neraka ditutup, menjadikannya peluang terbaik untuk menghapuskan dosa lalu melalui ibadah, doa, dan sedekah. Setiap amalan yang dilakukan oleh umat Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam akan dilipat-gandakan oleh Allah Subhanahuwata’ala khusus kepada mereka. (Rujuk Lathaif al-Ma’arif: 209)

Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan:

كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعمِائَة ضِعْفٍ قَالَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِي.

Maksudnya:''Setiap amal yang dilakukan anak Adam akan dilipatgandakan. Satu kebaikan dilipatgandakan menjadi sepuluh sampai tujuh ratus kali lipat. Lalu Allah Azza wa Jalla berfirman, “Kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu untuk-Ku dan Aku-lah yang memberi ganjarannya. Orang yang berpuasa meninggalkan syahwat dan makannya demi Aku semata''. [Sahih Muslim (II/807) Kitaabush Shiyaam bab Fadhlush Shiyaam]

Imam an-Nawawi rahimahullah mengatakan, “Firman Allah Subhaahuwata’ala yang menyatakan, ‘Dan Aku-lah yang memberi ganjarannya,’ merupakan penjelasan yang nyata tentang kebesaran kurniaan Allah dan melimpahnya balasan pahala-Nya kerana sesungguhnya orang yang mulia dan dermawan jika mengabarkan bahawa dia sendiri yang akan menanggung balasannya, ini menunjukkan betapa besar kadar balasan yang dia persembahkan dan betapa luas pemberian yang Dia berikan.” [ Syarhun Nawawi li Sahiih Muslim (VIII/29)]

Pahala mengerjakan umrah di bulan Ramadhan sama pahala ganjaran mengerjakan haji. Ini berdasarkan hadith sahih bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda kepada seorang wanita Ansar,

 فَإِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فَاعْتَمِرِي ، فَإِنَّ عُمْرَةً فِيهِ تَعْدِلُ حَجَّةً

Maksudnya: Sekiranya telah tiba bulan Ramadhan, maka hendaklah kamu mengerjakan umrah. Ini kerana umrah pada bulan tersebut menyamai pahalanya seperti mengerjakan haji. Dalam riwayat Muslim: seperti mengerjakan haji bersama aku (Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam)''. Riwayat al-Bukhari (1782) dan Muslim (1256)

Terdapat banyak dalil yang menunjukkan kelebihan menjamu mereka yang berpuasa. Diantaranya, Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda:

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

Daripada Ummu Ammarah, Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda:

إِنَّ الصَّائِمِ إِذَا أَكَلَ عِندَهُ لمَ تَزَل تُصَلِّي عَلَيهِ المَلائِكَةُ حَتََى يَفْرُغَ مِن طَعَامِهِ

Maksudnya: ''Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan bersamanya orang berpuasa yang lain, maka sentiasalah para malaikat mengucap selawat ke atasnya sehingga selesai daripada makannya''.(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

 Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda:

الصَّائِمُ إِذَا أَكَلَتْ عِنْدَهُ المُفَاطِرُ صَلَّتْ عَلَيْهِ الملائِكَةُ

Maksudnya: “Orang yang berpuasa apabila makan di sisinya orang-orang yang berbuka puasa, nescaya para malaikat berselawat ke atasnya''. Riwayat al-Tarmizi dan Ibn Majah

Berdasarkan nas hadith di atas jelas menunjukkan kelebihan bagi mereka yang memberi makan orang yang berpuasa, apatah lagi mereka yang amat memerlukan seperti anak-anak yatim, fakir miskin dan golongan yang berhajat. Justeru itu, maka teramat wajarlah bagi yang berkelapangan rezeki serta harta menjamu mereka yang berpuasa. 

Bulan Ramadhan juga dikenali dengan nama Syahrul Maghfirah (شَهْرُ الْمَغْفِرَةِ) secara harfiah bererti "Bulan Ampunan". Di mana Allah Subhanahuwata'ala membukakan samudera keampunan-Nya seluas-luasnya, menghapus dosa-dosa hamba yang taat berpuasa, serta menjadi waktu yang tepat untuk bertaubat.

Bulan Ramadhan ialah bulan keampunan kerana ia merupakan tempoh istimewa yang dijanjikan Allah Subhaahuwata’ala untuk mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya yang berpuasa dengan keimanan dan keikhlasan. Ia adalah waktu di mana pintu taubat dibuka luas, pintu syurga dibuka, dan pintu neraka ditutup, menjadikannya peluang terbaik untuk menghapuskan dosa lalu melalui ibadah, doa, dan sedekah.

Sesiapa yang berpuasa dengan ikhlas akan diampuni dosa-dosanya yang lalu. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ، إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu''. Riwayat al-Bukhari (38) dan Muslim (760)

Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani ketika mensyarahkan hadith ini berkata, yang dimaksudkan dengan keimanan adalah beri’tiqad akan hak kefardhuan puasa. Adapun yang dimaksudkan dengan pengharapan pula adalah memohon ganjaran daripada Allah Subhanahuwata'ala. Selain itu, Imam al-Khattabi berkata, yang dimaksudkan dengan pengharapan adalah azimah iaitu seseorang itu berpuasa dalam keadaan amat mengharapkan ganjaran yang baik daripada Allah Subhanahuwata'ala untuk dirinya tanpa merasa berat serta panjang hari-harinya. [Lihat: Fath al-Bari, 4/115]

Penerimaan Taubat: Allah Subhanahuwata'ala menerima taubat hamba-Nya yang bertaubat dengan tulus.

وَهُوَ الَّذِي يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ وَيَعْفُو عَنِ السَّيِّئَاتِ وَيَعْلَمُ مَا تَفْعَلُونَ

Maksudnya:''Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan''. Asy-Syura ayat 25

Pendapat majoriti ulama menyebut bahawa orang yang benar-benar bertaubat dengan memenuhi segala rukun dan syarat taubat, maka dapat dipastikan penerimaan taubatnya di sisi Allah Subhanahuwata'ala. Hal ini sepertimana disebut oleh Ibn Rajab:

أَنَّ مَنْ تَابَ إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا، وَاجْتَمَعَتْ شُرُوطُ التَّوْبَةِ فِي حَقِّهِ، فَإِنَّهُ يُقْطَعُ بِقَبُولِ اللَّهِ تَوْبَتَهُ، كَمَا يُقْطَعُ بِقَبُولِ إِسْلَامِ الْكَافِرِ إِذَا أَسْلَمَ إِسْلَامًا صَحِيحًا، وَهَذَا قَوْلُ الْجُمْهُورِ، وَكَلَامُ ابْنِ عَبْدِ الْبَرِّ يَدُلُّ عَلَى أَنَّهُ إِجْمَاعٌ

Maksudnya:''Orang yang bertaubat kepada Allah Subhanahuwata'ala dengan taubat nasuha, memenuhi semua syarat taubat bagi dirinya, maka boleh dipastikan Allah Subhanahuwata'ala menerima taubat dirinya. Ini sepertimana boleh dipastikan Islam orang kafir yang masuk Islam dengan benar. Inilah pendapat majoriti ulama. Keterangan Ibn Abd al-Bar menunjukkan bahawa perkara tersebut telah menjadi kesepakatan ulama''. (Lihat Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam, 1/418)

Keampunan dengan sebab solat malam. Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda:

 مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ 

Maksudnya: "Barangsiapa melaksanakan solat malam pada bulan Ramadhan kerana iman dan ingin mendapatkan pahala, maka dia diampuni semua dosanya yang telah lalu. Riwayat Muslim (1778)

Keampunan dengan sebab zakat fitrah. Dari Ibnu Abbas radhiyallahu‘anhuma, ia berkata,

فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- زَكَاةَ الْفِطْرِ طُهْرَةً لِلصَّائِمِ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ وَطُعْمَةً لِلْمَسَاكِينِ مَنْ أَدَّاهَا قَبْلَ الصَّلاَةِ فَهِىَ زَكَاةٌ مَقْبُولَةٌ وَمَنْ أَدَّاهَا بَعْدَ الصَّلاَةِ فَهِىَ صَدَقَةٌ مِنَ الصَّدَقَاتِ.

Maksudnya:“Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam mewajibkan zakat fitrah untuk menyucikan orang yang berpuasa dari bersenda gurau dan kata-kata keji, dan juga untuk memberi makan orang miskin. Barangsiapa yang menunaikannya sebelum solat maka zakatnya diterima dan barangsiapa yang menunaikannya setelah solat maka itu hanya dianggap sebagai sedekah di antara berbagai sedekah.” Riwayat Abu Daud 1609; Ibnu Majah 1827. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahawa sanad hadith ini hasan.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam,

أنَّ النَّبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم صَعِدَ المِنْبَرَ فَقَالَ آمِيْنَ آمِيْنَ آمِيْنَ قِيْلَ يَا رَسُوْلَ اللهِ إنَّكَ صَعِدْتَ المِنْبَرَ فَقُلْتَ آمِيْنَ آمِيْنَ آمِيْنَ فَقَالَ إنَّ جِبْرِيْلَ عَلَيْهِ السَّلَامُ أَتَانِيْ فَقَالَ مَنْ أَدْرَكَ شَهْرَ رَمَضَانَ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ فَدَخَلَ النَّارَ فَأَبْعَدَهُ اللَّهُ قُلْ آمِيْنَ فَقُلْتُ آمِيْنَ

Maksudnya: Ketika Nabi Sallallahu'alaihiwasallam menaiki mimbar, Baginda Sallallahu'alaihiwasallam bersabda: “Amin, Amin , Amin (sebanyak 3 kali)”. Baginda Sallallahu'alaihiwasallam ditanya: “Wahai Rasulullah, apabila engkau menaiki mimbar, engkau telah berkata amin, amin , amin”. Maka Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda, “Sesungguhnya Jibril AS telah datang kepadaku, lalu dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang bertemu dengan bulan Ramadhan tetapi tidak diampunkan baginya maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah Subhanahuwata'ala. Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin''. Riwayat Ibn Hibban (907)

Begitu banyak keampunan di dalam bulan Ramadhan, sehingga apabila ada yang tidak diampuni di bulan Ramadhan maka adalah benar-benar “keterlaluan” dan buruknya amalannya disepanjang bulan Ramadhan.

Ibnu Rajab menukilkan perkataan salaf,

من لم يغفرْ لَه في رمضان فلن يغفر له فيما سواه؛

Maksudnya:“Barangsiapa yang tidak diampuni dosa-dosanya di bulan Ramadhan, maka tidak akan diampuni dosa-dosanya di bulan-bulan lainnya”. [Latha-if Al-Ma’arif, hal. 297]

Puasa bukan sekadar meninggalkan makan dan minum, tetapi kita berusaha ‘menjinakkan’ hawa nafsu. Alangkah rugi sekiranya kita tergolong dalam kalangan mereka yang tidak memanfaatkan kehadiran Ramadhan.Lebih teruk apabila ada yang merasakan kehadiran Ramadhan itu memberi kesusahan pada diri mereka.

Thursday, February 19, 2026

Keajaiban doa di bulan Ramadhan

Keajaiban doa di bulan Ramadhan

RAMADHAN adalah bulan yang istimewa bagi umat Islam, bukan sahaja kerana kewajipan berpuasa tetapi juga kerana peluang untuk mendapatkan keberkatan dan memperbanyakkan doa. Dalam bulan ini, setiap amalan kebaikan dijanjikan ganjaran yang berlipat ganda, dan doa yang dipanjatkan lebih dekat untuk dimakbulkan. Oleh itu, mengetahui waktu-waktu terbaik untuk berdoa boleh membantu seseorang memanfaatkan bulan mulia ini dengan lebih baik.

Keajaiban doa di bulan Ramadhan terletak pada waktu-waktu mustajabnya yang banyak seperti saat berpuasa, waktu sahur, menjelang berbuka, dan setiap malam, di mana Allah Subhanahuwata'ala berjanji akan mengabulkan, menerima tobat, dan mengampuni doa hamba-Nya yang tulus memohon, menjadikan bulan ini kesempatan emas untuk mendapatkan rahmat, keampunan, dan dimakbulkan hajat dunia akhirat. 

Waktu-Waktu Mustajab Untuk Berdoa

1- Sepanjang Hari Berpuasa: 

Doa orang yang berpuasa tidak akan ditolak hingga ia berbuka, jadi setiap detik adalah peluang.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ الْإِمَامُ الْعَادِلُ وَالصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ يَرْفَعُهَا اللَّهُ دُونَ الْغَمَامِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَتُفْتَحُ لَهَا أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَيَقُولُ بِعِزَّتِي لَأَنْصُرَنَّكِ وَلَوْ بَعْدَ حِينٍ

Masudnya:''Dari Abu Hurairah ia berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, "Ada tiga orang yang tidak akan ditolak doanya; imam yang adil, orang yang berpuasa hingga berbuka dan doa orang yang teraniaya. Allah akan mengangkatnya di bawah naungan awan pada hari kiamat, pintu-pintu langit akan dibukakan untuknya seraya berfirman, "Demi keagungan-Ku, sungguh Aku akan menolongmu meski setelah beberapa saat''. Riwayat Ibnu Majah(1742)

2- Malam Hari: 

Setiap malam di Ramadhan, Allah Subhanahuwata'ala menyeru hamba-Nya yang berdoa, bertobat, dan meminta ampun.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ يَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ

Maksudnya:''Dari Abu Hurairah radhiallahu'anhu bahwa Rasulullah ﷺ bersabda, "Rabb Tabaraka wa Ta'ala kita turun (kemurahan dan kasih sayang-Nya melimpahkan rahmat-Nya) di setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir dan berfirman, "Siapa yang berdoa kepada-Ku pasti Aku kabulkan dan siapa yang meminta kepada-Ku pasti Aku penuhi dan siapa yang memohon ampun kepada-Ku pasti Aku ampuni''. Riwayat Bukhari (1145)

3-Waktu Sahur (Sepertiga Malam Terakhir): Ini adalah waktu Allah Subhanahuwata'ala Allah dengan kemurahan dan kasih sayang-Nya melimpahkan rahmat-Nya kepada makhluk-Nya dan mengabulkan permintaan.

Ramai yang mungkin menganggap sahur sekadar waktu untuk mengisi perut sebelum berpuasa, tetapi sebenarnya ia juga merupakan masa yang sangat mustajab untuk berdoa. Waktu sahur termasuk dalam sepertiga malam terakhir, yang disebut sebagai saat paling sesuai untuk bermunajat. 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ يَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ

Maksudnya:''Dari Abu Hurairah radhiallahu'anhu bahwa Rasulullah ﷺ bersabda, "Rabb Tabaraka wa Ta'ala kita turun (kemurahan dan kasih sayang-Nya melimpahkan rahmat-Nya) di setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir dan berfirman, "Siapa yang berdoa kepada-Ku pasti Aku kabulkan dan siapa yang meminta kepada-Ku pasti Aku penuhi dan siapa yang memohon ampun kepada-Ku pasti Aku ampuni''. Riwayat Bukhari (1145)

Oleh itu, selain bersahur, luangkan beberapa minit untuk berdoa dan memohon apa sahaja kebaikan yang diinginkan.

4-Menjelang Berbuka: Waktu yang sangat dinanti setelah lelah berpuasa, di mana doa orang yang berpuasa mustajab.

Saat berbuka puasa bukan hanya waktu untuk menikmati hidangan selepas seharian berpuasa, tetapi juga detik yang mustajab untuk berdoa. Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,

عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً مَا تُرَدُّ قَالَ ابْنُ أَبِي مُلَيْكَةَ سَمِعْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرٍو يَقُولُ إِذَا أَفْطَرَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ أَنْ تَغْفِرَ لِي

Maksudnya:''Abdullah bin Amru bin Al 'Ash ia berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, "Sungguh orang yang berpuasa mempunyai doa yang dikabulkan dan tidak akan ditolak tatkala berbuka puasa. " Ibnu Abu Mulaikah berkata, "Aku mendengar Abdullah bin Amru berdoa saat berbuka puasa, "اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ أَنْ تَغْفِرَ لِي

(Ya Allah, sesungguhnya aku meminta-Mu dengan rahmat-Mu yang meliputi setiap sesuatu, agar Engkau mengampuniku)''. Riwayat Ibnu Majah (1753).

5-Di Bulan Ramadhan: Bulan ini penuh keberkatan, rahmat, dan keampunan, di mana pahala dilipat ganda. 

Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan:

كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعمِائَة ضِعْفٍ قَالَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِي.

Maksudnya:''Setiap amal yang dilakukan anak Adam akan dilipatgandakan. Satu kebaikan dilipatgandakan menjadi sepuluh sampai tujuh ratus kali lipat. Lalu Allah Azza wa Jalla berfirman, “Kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu untuk-Ku dan Aku-lah yang memberi ganjarannya. Orang yang berpuasa meninggalkan syahwat dan makannya demi Aku semata''. [Sahih Muslim (II/807) Kitaabush Shiyaam bab Fadhlush Shiyaam]

Imam an-Nawawi rahimahullah mengatakan, “Firman Allah Subhaahuwata’ala yang menyatakan, ‘Dan Aku-lah yang memberi ganjarannya,’ merupakan penjelasan yang nyata tentang kebesaran kurniaan Allah dan melimpahnya balasan pahala-Nya kerana sesungguhnya orang yang mulia dan dermawan jika mengabarkan bahawa dia sendiri yang akan menanggung balasannya, ini menunjukkan betapa besar kadar balasan yang dia persembahkan dan betapa luas pemberian yang Dia berikan.” [ Syarhun Nawawi li Sahiih Muslim (VIII/29)]

Keajaiban doa dengan sebab Kelebihan Puasa dalam bulan Ramadhan

1-Pengampunan Dosa: Sesiapa yang berpuasa dengan ikhlas akan diampuni dosa-dosanya yang lalu.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ، إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu''. Riwayat al-Bukhari (38) dan Muslim (760)

Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani ketika mensyarahkan hadith ini berkata, yang dimaksudkan dengan keimanan adalah beri’tiqad akan hak kefardhuan puasa. Adapun yang dimaksudkan dengan pengharapan pula adalah memohon ganjaran daripada Allah Subhanahuwata'ala. Selain itu, Imam al-Khattabi berkata, yang dimaksudkan dengan pengharapan adalah azimah iaitu seseorang itu berpuasa dalam keadaan amat mengharapkan ganjaran yang baik daripada Allah Subhanahuwata'ala untuk dirinya tanpa merasa berat serta panjang hari-harinya. [Lihat: Fath al-Bari, 4/115]

2-Penerimaan Taubat: Allah Subhanahuwata'ala menerima taubat hamba-Nya yang bertaubat dengan tulus.

وَهُوَ الَّذِي يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ وَيَعْفُو عَنِ السَّيِّئَاتِ وَيَعْلَمُ مَا تَفْعَلُونَ

Maksudnya:''Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan''. Asy-Syura ayat 25

Pendapat majoriti ulama’ menyebut bahawa orang yang benar-benar bertaubat dengan memenuhi segala rukun dan syarat taubat, maka dapat dipastikan penerimaan taubatnya di sisi Allah Subhanahuwata'ala. Hal ini sepertimana disebut oleh Ibn Rajab:

أَنَّ مَنْ تَابَ إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا، وَاجْتَمَعَتْ شُرُوطُ التَّوْبَةِ فِي حَقِّهِ، فَإِنَّهُ يُقْطَعُ بِقَبُولِ اللَّهِ تَوْبَتَهُ، كَمَا يُقْطَعُ بِقَبُولِ إِسْلَامِ الْكَافِرِ إِذَا أَسْلَمَ إِسْلَامًا صَحِيحًا، وَهَذَا قَوْلُ الْجُمْهُورِ، وَكَلَامُ ابْنِ عَبْدِ الْبَرِّ يَدُلُّ عَلَى أَنَّهُ إِجْمَاعٌ

Maksudnya:''Orang yang bertaubat kepada Allah Subhanahuwata'ala dengan taubat nasuha, memenuhi semua syarat taubat bagi dirinya, maka boleh dipastikan Allah SWT menerima taubat dirinya. Ini sepertimana boleh dipastikan Islam orang kafir yang masuk Islam dengan benar. Inilah pendapat majoriti ulama’. Keterangan Ibn Abd al-Bar menunjukkan bahawa perkara tersebut telah menjadi kesepakatan ulama''. (Lihat Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam, 1/418)

3-Pelepasan dari Neraka: Bulan Ramadhan adalah waktu untuk memohon pembebasan daripada api neraka.

عَنْ جَابِرٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ لِلَّهِ عِنْدَ كُلِّ فِطْرٍ عُتَقَاءَ وَذَلِكَ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ

Maksudnya:''Dari Jabir ia berkata, Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda, Sesungguhnya Allah membebaskan beberapa orang dari neraka saat berbuka dan itu terjagi pada setiap malam''. Ibnu Majah (1633)

4-Peluang Menggapai Rahmat: Bulan ini adalah waktu utama untuk memohon rahmat dan keberkatan.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,

إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ، وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ

Maksudnya: “Apabila datangnya Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan''. Riwayat al-Bukhari (1898) dan Muslim (1079)

Dalam lafaz yang lain, disebutkan:

إِذَا كَانَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الرَّحْمَةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتِ الشَّيَاطِينُ

Maksudnya: “Apabila masuk bulan Ramadhan, pintu-pintu rahmat dibuka, pintu-pintu Jahannam ditutup dan syaitan-syaitan pun dibelenggu.”

Imam Badr al-Din al-‘Aini menjelaskan: “Yang dimaksudkan dengan terbukanya pintu syurga, kerana ketaatan yang banyak pada bulan Ramadhan. Begitu juga Allah SWT membuka pintu ibadah, oleh kerana itulah jalan menuju ke syurga begitu mudah di dalam bulan Ramadhan kerana amal perbuatan kita mudah diterima”. Lihat Umdah al-Qari Syarah Sahih al-Bukhari, 10/266

5-Kejayaan dan Pertolongan: Doa dapat membantu kemenangan dan kejayaan, seperti kejayaan Perang Badar yang berlaku di bulan Ramadhan. 

وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنْتُمْ أَذِلَّةٌ ۖ فَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Maksudnya:''Sungguh Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah. Kerana itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuri-Nya''. Ali Imran ayat 123

Peristiwa Badar berlaku pada 17 Ramadhan Tahun Ke-2 Hijrah tanpa diduga dan dirancang, disebabkan konsep Islam yang mendahulukan perdamaian sehingga bersabar selama 13 tahun sewaktu berada di Makkah. Dahulunya mereka dizalimi dan dianggap salah kerana menyelamatkan seluruh manusia yang tenggelam dalam kesesatan jahiliah dari sudut aqidah, hukum dan akhlak.

Kemenangan dalam peristiwa Badar berlaku kerana datangnya pertolongan Allah Subhanahuwata'ala yang luar biasa, serta strategi yang bijak oleh Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam dan para pemimpin sahabat RA. Termasuklah disebabkan oleh mereka yang ikhlas berjuang kerana Allah Subhanahuwata'ala.

Antara doa Baginda semasa perang Badar dengan dikawal oleh Saad bin Muaz yang siap menghunuskan pedangnya, adalah:

اللهم آني أنشدك عهدك ووعدك اللهم آن تهلك هذه العصابة من آهل الاسلام (المؤمنون المحاربون) لا تعبد في الآرض

Maksudnya: "Ya Allah, aku menagih janji dan jaminan-Mu. Ya Allah, jika Kamu binasakan kelompok ini (pejuang-pejuang mukmin), Kamu tidak akan disembah lagi di muka bumi."

Baginda memanjangkan sujudnya, sehingga Abu Bakar berkata: "Cukuplah.Sesungguhnya AlIah akan melaksanakan janji-Nya untukmu."

Cara Memaksimalkan Doa:

1-Ikhlas dan Penuh Harapan: Berdoa dengan sepenuh hati, keyakinan, dan bersungguh-sungguh.

2-Perbanyak Ibadah: Sambil berdoa, lakukan ibadah lain seperti tarawih, tadarus Al-Quran, dan zikir.

3-Suci dan Khusyuk: Berdoa di tempat yang suci, menghadap kiblat, dan dalam keadaan khusyuk. 

Sebagai Kesimpulannya, bulan Ramadhan adalah masa terbaik untuk memperbanyakkan doa dan mendekatkan diri kepada Allah Subhanahuwata'ala. Dengan memahami waktu-waktu mustajab ini, setiap individu boleh mengatur ibadah dan doa mereka dengan lebih berkesan. Doa bukan sekadar satu permintaan, tetapi juga refleksi hubungan antara seorang hamba dengan Penciptanya. Manfaatkan setiap peluang yang ada, dan jadikan Ramadan kali ini lebih bermakna dengan doa yang penuh pengharapan dan keikhlasan.

Wednesday, February 11, 2026

Scam kewangan atau penipuan pelaburan (scam)

Scam kewangan atau penipuan pelaburan (scam)

Dalam pandangan Islam, scam keuangan (penipuan, fraud, atau tafrith) hukumnya haram secara mutlak karena termasuk perbuatan batil, menipu (gharar), dan memakan harta orang lain secara tidak sah. Segala bentuk transaksi yang mengandung unsur penipuan, ketidakjelasan, dan merugikan salah satu pihak sangat dilarang dalam syariat Islam. Unsur Scam Keuangan dalam Islam:

1-Gharar (Ketidakpastian): Skim yang menjanjikan pulangan tinggi tidak masuk akal dalam waktu singkat, yang merupakan manipulasi.

2-Tadlis (Penipuan): Menyembunyikan cacat atau menggunakan sijil patuh syariah palsu untuk memperdaya mangsa.

3-Maisir (Perjudian): Skim cepat kaya yang berasaskan keberuntungan dan merugikan peserta lain (skim Ponzi).

4-Keuntungan Luar Biasa: Pelaburan yang menawarkan pulangan tetap tinggi tanpa risiko (tidak logik). 

Dalam dunia yang semakin kompleks ini, jenayah kewangan atau 'scam' menjadi ancaman yang kian membimbangkan. Berdasarkan statistik yang direkodkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia, negara telah mencatatkan lebih 35,000 kes penipuan yang 

melibatkan jenayah kewangan pada tahun 2024 yang mengakibatkan kerugian sehingga RM1.6 billion. Saban hari, pelbagai modus operandi baharu dicipta oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk memperdaya mangsa, bermula daripada penipuan pelaburan yang tidak wujud sehinggalah kepada taktik penyamaran sebagai pihak berkuasa. Jenayah ini tidak mengenal siapa pun sebagai mangsa. Oleh itu, kewaspadaan dan penilaian yang bijaksana amatlah penting. Firman Allah Subhanahuwata'ala dalam Surah al-Isra' ayat 36,

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا

Maksudnya:''Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya''.

Ayat di atas mengajak kita untuk bersikap berhati-hati, bijaksana, dan bertanggungjawab dalam menerima dan menyebarkan informasi, memastikan kebenarannya untuk menghindari mudarat bagi diri sendiri dan orang lain. Hal ini bertepatan dengan salah satu prinsip maqasid syariah iaitu menjaga harta daripada segala bentuk penyelewengan atau perkara-perkara yang menzalimi dan merugikan.

Keinginan untuk cepat kaya sering kali mengaburi kewarasan kita. Kita harus berusaha mengekalkan sikap berhati-hati dengan menilai, menganalisis dan menimbang pelbagai aspek terlebih dahulu sebelum membuat keputusan atau menerima sesuatu sebagai sahih. Tujuannya, agar kita tidak mudah terpedaya dengan skim-skim penipuan yang akan merugikan diri dan keluarga.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,

لَيْسَ الغِنَى عَنْ كَثْرَةِ العَرَضِ، وَلَكِنَّ الغِنَى غِنَى النَّفْسِ

Maksudnya: ''Kekayaan itu bukanlah dengan banyaknya harta, tetapi kekayaan itu adalah kaya hati''. Riwayat al-Bukhari (6446) dan Muslim (1051)

Adapun kekayaan yang sebenar tanpa kemiskinan ialah kekayaan jiwa dengan Tuhannya, kerana jiwa yang diperkayakan oleh Tuhannya tidak memerlukan makhluk-Nya. Jika seseorang merasa cukup dengan Tuhannya Azza wa Jalla dari semua makhluk, maka itulah kekayaan yang sebenar, bukan kekayaan dengan memiliki sesuatu yang menyebabkan lebih banyak kemiskinan''. (Lihat al-Ifsah ‘an Ma’ani al-Sihah, 7/245).

Hadith ini menunjukkan bahawa kekayaan hakiki bukanlah harta yang melimpah, melainkan jiwa yang merasa puas dan tidak tamak. Kekayaan sebenar dan berguna atau terpuji ialah kekayaan jiwa, kerana apabila jiwa merasa cukup, ia akan berhenti dari mengejar keinginan duniawi. Jiwa itu akan menjadi mulia dan dihormati, mendapat tempat tinggi, dan mendapat lebih banyak penghormatan berbanding dengan seseorang yang kaya harta tetapi miskin jiwa, kerana sifat tamaknya. Hal ini menjatuhkan dirinya kepada perbuatan keji dan amalan yang hina, menyebabkan dia dikritik oleh ramai orang dan menjadikan kedudukannya rendah di mata mereka; sehingga dia lebih hina daripada orang yang paling miskin dan lebih rendah daripada orang yang paling kecil.

Bahaya tamak pula akan terjadinya apabila keinginan cepat kaya yang melampau boleh "mengelabui hati" (tidak pernah puas) kerana orang yang mengejar harta duniawi jarang berasa cukup dan sentiasa ingin menambah harta. Kaya Hati (Ghinan Nafs) ialah sikap reda dengan pemberian Allah, tidak tamak, dan memiliki sifat dermawan. Islam mengajar untuk mencari rezeki secara halal dan menjadikan hati merasa cukup, bukan menjadikan harta sebagai tujuan utama yang menggelapkan jiwa.

Pada zaman yang serba moden ini, kemajuan teknologi digital dilihat banyak memberikan manfaat jika digunakan dengan baik dan betul. Pada masa yang sama, kemajuan tersebut membuka ruang kepada jenayah penipuan siber yang dijalankan oleh 'scammer'. Mereka menggunakan pelbagai cara untuk menipu termasuklah penggunaan teknologi canggih seperti Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence), menyamar sebagai pihak berkuasa atau individu berpengaruh seperti tokoh ilmuan dan agama. Semuanya dengan tujuan untuk menipu mangsa agar percaya dengan penipuan mereka sehingga sanggup memberikan maklumat peribadi dan data perbankan secara sedar atau tanpa sedar. Modus operandi (cara) ini sering berubah-ubah bagi mengelak daripada dikesan oleh pihak penguatkuasa undang-undang. 

Masyarakat yang terdesak atau ingin mencari pendapatan lebih juga mudah menjadi sasaran penjenayah siber ini. Mereka sering alpa dan mudah terpedaya dengan amanah yang dipertanggungjawabkan dek habuan kewangan yang ditawarkan sehingga sanggup bersubahat menjadi keldai akaun. Individu ini biasanya secara sedar atau tidak sedar menjadi 'keldai' kepada penjenayah, dengan membiarkan akaun mereka digunakan untuk memindahkan wang hasil aktiviti penipuan oleh 'scammer'. 

Perbuatan ini bukan sahaja melanggar undang-undang, bahkandianggap sebagai tidak amanah, dan bertentangan dengan ajaran Islam. 

Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam sangat menekankan sifat AMANAH, iaitu tanggungjawab dan kejujuran. Orang yang menjual akaun banknya dengan sengaja dan membantu penjenayah akan menanggung akibatnya di sisi undang-undang dan di hadapan Allah Subhanahuwata'ala kelak di akhirat. Firman Allah Subhanahuwata'ala dalam Surah al-Anfal ayat 27,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya:''Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui''.

Sekali lagi ditekankan;

Scam kewangan atau penipuan pelaburan (scam) hukumnya haram menurut Islam kerana ia melibatkan unsur penipuan (gharar), manipulasi, dan memakan harta orang lain secara batil. Harta merupakan salah satu daripada lima perkara asas yang wajib dipelihara di bawah kerangka maqasid syariah. Syariat Islam mengharamkan sebarang bentuk perolehan harta secara batil selaras dengan firman Allah Subhanahuwata'ala,

وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ

Maksudnya: "Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah''. Surah al-Baqarah ayat 188

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:

مَن غشَّ فلَيسَ منّا

Maksudnya: Barangsiapa yang menipu, maka dia bukanlah dari golongan kami.

Riwayat al-Tirmidzi (1315)

Ayat ini menunjukkan larangan ke atas manusia untuk mengambil harta orang lain dengan cara yang salah di dalam Islam. Setiap individu Muslim dituntut untuk memelihara harta sebaik mungkin, bagi memastikan harta tersebut tidak hilang atau dicuri disebabkan kelalaian sendiri. Jenayah penipuan ini bukan sahaja merugikan pada aspek material, malah ia sering kali membawa kepada kemusnahan institusi keluarga dan gangguan kesihatan mental yang serius kepada mangsa yang terlibat.

Berdasarkan penelitian, terdapat dua elemen utama yang wujud dalam jenayah scam iaitu gharar (ketidakjelasan) dan al-kizb (pendustaan). Justeru sebagai pengguna yang bijak, setiap individu mestilah memastikan segala transaksi kewangan yang ingin dijalankan tidak mengandungi perkara-perkara gharar, yang kebiasaannya membawa kepada penipuan di dalam pelaburan, seperti skim pelaburan palsu yang menawarkan keuntungan lumayan dalam masa singkat.

Selain itu, Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam memberikan amaran keras terhadap mereka yang menipu dalam urusan harian melalui sabda baginda yang menegaskan bahawa sesiapa yang menipu maka dia bukan daripada kalangan umat baginda. Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:

مَنْ حَمَلَ عَلَيْنَا السِّلاَحَ فَلَيْسَ مِنَّا وَمَنْ غَشَّنَا فَلَيْسَ مِنَّا

Maksudnya: “Sesiapa yang mengangkat senjata terhadap kami, maka dia bukan dalam kalangan kami. Begitu juga sesiapa yang menipu (berlaku tidak jujur) terhadap kami, maka dia juga bukan dalam kalangan kami''. Riwayat Muslim 

Sementara daripada perspektif maqasid syariah, pengharaman riba, gharar, judi dan seumpamanya adalah bertujuan menghindari mafsadah terhadap harta seperti kerugian, kemiskinan dan kefakiran. Sejajar dengan itu, prinsip memelihara harta (hifz al-mal) dikategorikan sebagai salah satu daripada lima perkara yang dipelihara oleh syarak (al-kulliyyat al-khams). Oleh itu, perlakuan jenayah seperti "scam" adalah merupakan perlakuan yang bercanggah dengan syariat Islam kerana mempunyai unsur penipuan dan kezaliman terhadap orang lain. Bahkan, perlakuan ini juga termasuk dalam perbuatan mengambil harta orang lain secara batil yang diharamkan dalam Islam.

Bagi memastikan kita tidak menjadi mangsa penipuan, beberapa langkah proaktif perlu diambil perhatian oleh setiap lapisan masyarakat. 

Pertama: Setiap individu perlu memperkasakan literasi kewangan dan undang-undang dengan memahami bahawa pihak berkuasa tidak akan menjalankan urusan rasmi atau tuntutan bayaran melalui panggilan telefon peribadi.

Kedua: Sekiranya berlaku transaksi yang mencurigakan, tindakan segera harus diambil dengan menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 dalam tempoh kurang 24 jam untuk menyekat pengaliran keluar wang.

Ketiga: Umat Islam perlu menjauhi sifat tamak dan sentiasa berhati-hati terhadap tawaran yang tidak masuk akal serta mengelakkan diri daripada menjadi "keldai akaun" dengan tidak menyerahkan akses perbankan kepada pihak lain.

Sebagai kesimpulan, jenayah scam adalah merupakan satu bentuk kezaliman yang merosakkan sosial dan ekonomi ummah. Oleh itu, usaha-usaha membanterasnya bukan sahaja menjadi tanggungjawab pihak berkuasa, malah ia merupakan fardu kifayah ke atas setiap ahli masyarakat. Semoga Allah Subhanahuwata'ala memelihara harta kita daripada segala unsur haram dan melindungi kita daripada tipu daya golongan yang batil.

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنْ فضْلِكَ وَرَحْمَتِكَ ، فَإِنَّهُ لا يَمْلِكُهَا إِلا أَنْتَ

Maksudnya: ''Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu agar diberi kurniaan dan rahmat-Mu. Sesungguhnya tiada yang memilikinya kecuali-Mu''.


Wednesday, February 4, 2026

Hayati Islam Dengan Ilmu

Hayati Islam Dengan Ilmu

Sepenuh syukur kita panjatkan ke hadrat Allah Subhanahuwata'alaatas atas nikmat keimanan dan kehidupan yang telah dianugerahkan kepada kita. Sebagai seorang yang beriman, kita perlu terus berusaha untuk memelihara kenikmatan iman dan Islam ini dengan ilmu pengetahuan yang bermanfaat. 

Bersyukur adalah diperintahkan oleh Tuhan. Allah Subhanahuwata'ala berfirman,

وَاشْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّـهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

Maksudnya: ''Bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembah-Nya semata-mata''. Surah al-Nahl ayat 114

Syukur pada istilah ialah seorang hamba menggunakan semua nikmat kurniaan Allah kepadanya untuk mentaati-Nya. (Lihat Hasyiyah al-Syabramalisi, 1/22)

Allah Subhanahuwata'ala berfirman dalam Surah al-Dhuha,

وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ

Maksudnya: ''Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya''.

Imam al-Qurtubi dalam mentafsirkan ayat ini berkata: “Sebarkanlah apa yang Allah Subhanahuwata'ala kurniakan kepada kamu dengan perasaan syukur dan pujian kepada Allah. Menyebut-nyebut pelbagai nikmat Allah dan mengiktiraf nikmat tersebut adalah satu bentuk kesyukuran.” (Lihat al-Jami' li Ahkam al-Quran, 20/102)

Ilmu adalah induk dalam memahami rahmat Allah Subhanahuwata'ala yang tercerna menerusi Islam. Dengan ilmu, kita dapat mengenali Allah Subhanahuwata'ala dan rasul-rasul-Nya alaihimussalam. Ilmu jugalah yang akan mencorak keperibadian kita dengan akhlak yang mulia. Hanya dengan ilmu kita dapat memahami dan mengamalkan hukum-hakam agama dengan lebih baik dan sempurna.

Firman Allah Subhanahuwata'ala,

فَلَوْلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَائِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ

Maksudnya: ''Oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)''. Surah al-Taubah ayat 122

Selayaknya orang-orang mukmin tidak pergi untuk berperang semuanya (Dikatakan bahawa agar pergi mencari ilmu) dan meninggalkan Madinah dalam keadaan kosong, namun pergi dalam kelompok-kelompok dari masing-masing kafilah. Dan sisa kelompok lainnya tinggal (di Madinah) untuk belajar agama dan ilmu syariat, serta mengingatkan kaumnya ketika mereka kembali kepadanya agar diajari ilmu yang sudah mereka pelajari berupa hukum halal haram supaya mereka mewaspadai hukuman Allah dengan mengerjakan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Ayat ini turun ketika orang mukmin sangat ingin berjihad saat Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam mengutus satu pasukan, lalu mereka pergi dan meninggalkan Nabi Sallallahu'alaihiwasallam di Madinah bersama sedikit orang. (Lihat Tafsir Al-Wajiz / Syeikh Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili)

Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam adalah panduan kita. Ia adalah warisan baginda Sallallahu'alaihiwasallam bagi umat manusia sejagat. Antara contoh panduan tersebut adalah anjuran agar kita melihat serta menghayati ciptaan Allah Subhanahu'wata'ala. Kita menyaksikan keajaiban terbit serta terbenamnya matahari dan bulan, tegak berdirinya gunung-ganang, hatta tumbuh dan gugurnya dedaunan hijau. Semuanya itu menunjukkan tanda-tanda kekuasaan Allah Subhanahuwata'ala bagi mengukuhkan keimanan kita. Semua ini terhasil dengan panduan ilmu yang sahih dan bermanfaat.

Terdapat sebuah riwayat daripada Ibn Abbas R.A bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,

تفكروا في خلق الله ولا تتفكروا في الله

Maksudnya: ''Berfikirlah kamu tentang makhluk Allah dan janganlah kamu berfikir tentang Allah''. Riwayat Abu Nu’aim, Hilyah Al-Awliya’

Dalam hadith di atas jelas menunjukkan bahawa umat Islam dituntut untuk memikirkan tentang makhluk-makhluk ciptaan Allah supaya dengan cara tersebut mereka dapat menambahkan keyakinan dalam beriman kepada Allah Subhanahu'wata'ala. Oleh kerana itu, hadith di atas membawa maksud yang sama dengan beberapa firman Allah di dalam al-Quran dalam menjelaskan tuntutan meneliti dan memikirkan ciptaan Allah. Antaranya,

قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانظُرُوا كَيْفَ بَدَأَ الْخَلْقَ

Maksudnya: (Katakanlah wahai Muhammad), berjalanlah kamu semua di atas muka bumi dan perhatikanlah bagaimana Allah memulakan penciptaan sesuatu ?''. Surah Al-Ankabut ayat 20.

Ini kerana dengan berfikir berkenaan penciptaan makhluk-makhluk Allah Subhanahu'wata'ala dapat membantu seseorang itu untuk menambah keyakinan dan keimanan akan kekuasaan Allah. Ini sebagaimana yang disebutkan dalam firman Allah Subhanahu'wata'ala,

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya: Sesungguhnya pada penciptaan langit-langit dan juga bumi serta pertukaran malam kepada siang, nescaya terdapat padanya tanda-tanda kebesaran Allah bagi golongan ulul albab. Iaitu golongan yang sentiasa mengingati Allah dalam keadaan berdiri, duduk, serta berbaring dan mereka memikirkan kepada penciptaan langit-langit dan juga bumi lalu mengatakan ‘’Wahai Tuhan kami, tidaklah Kau menciptakan kesemuanya ini secara sia-sia, maha suci Kamu maka peliharalah kami dari azab api neraka''. Surah Aali Imran Ayat 191.

Begitu juga firman Allah Subhanahu'wata'ala,

وَفِي أَنفُسِكُمْ ۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ

Maksudnya: Dan pada diri kamu, apakah kamu tidak memikirkannya''. Surah Al-Dzariyat ayat 28.

Imam Al-Thabari dalam tafsiran beliau ke atas ayat ini berkata: ‘’Pandangan paling tepat dalam menjelaskan makna ayat ini adalah: Pada diri kamu juga wahai umat manusia terdapatnya tanda-tanda kebesaran Allah dan juga ibrah yang menunjukkan kepada kamu akan keesaan Pencipta kamu. Dan sesungguhnya tidak ada Tuhan bagi kamu selain-Nya. Dari sudut tidak ada yang berkuasa menciptakan seperti ciptaan-Nya kepada kamu. Maka apakah kamu tidak merenung secara mendalam akan hal tersebut serta berfikir padanya. Nescaya kamu akan mengetahui hakikat keesaan Tuhan kamu''. Rujuk Tafsir Al-Thabari (22/419).

Demikian juga kita selaku umat Islam dilarang oleh syarak untuk memikirkan tentang zat Allah Subhanahu'wata'ala disebabkan keterbatasan akal fikiran yang terhad. Ini seperti seseorang itu memikirkan bagaimanakah rupa bentuk Allah, adakah Allah berjirim atau berjisim, maka hal-hal seperti ini adalah dilarang di sisi syarak. Bahkan Allah Subhanahu'wata'ala berfirman,

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ ۖ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Maksudnya: ''Tidak ada sesuatu yang semisal dengan Allah. Dia adalah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat''. Surah Al-Syura ayat 11.

Adapun sekiranya memikirkan Allah Subhanahu'wata'ala itu dengan cara berzikrullah menerusi zikir-zikir dan juga pembacaan Al-Quran maka hal sebegini adalah suatu kebaikan yang disyariatkan. Terdapat begitu banyak anjuran dan galakan mengingati Allah Subhanahu'wata'ala seperti yang disebutkan di dalam Al-Quran dan juga hadith-hadith yang sahih.

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

Maksudnya: ''Dan golongan yang beriman itu tenang jantung hati mereka dengan mengingati Allah dan ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah jantung hati akan berasa tenang''. Surah Ar-Ra’d ayat 28.

Manakala terdapat hadith yang menceritakan antara tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah Subhanahu'wata'ala di hari akhirat kelak adalah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,

وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ

Maksudnya: Dan seorang lelaki yang mengingati Allah dalam keadaan bersendirian lalu berlinanglah kedua matanya''. Riwayat Al-Bukhari (1423)

Ada dijelaskan juga, akan kepentingan buat seseorang itu berpegang dengan dua tali atau dua perkara sebagaimana yang dijelaskan di dalam sebuah hadith,

تَركْتُ فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ، لَنْ تَضِلُّوْا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا: كِتَابَ اللَّهِ، وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ

Maksudnya: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagimana kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah (al-Qur’an) dan sunnah Nabi-Nya (Sunnah Nabi Sallallahu'alaihiwasallam)''. Riwayat Malik (1594)

Untuk itu, betapa pentingnya buat kita untuk mempelajari dan menekuni sunnah Nabi Sallallahu'alaihiwasallam. Ini kerana, apabila kita meninggalkan salah satu daripada sumber yang penting ini, maka sudah barangtentu kita akan menyimpang dan menyeleweng daripada asas kebenaran. Telah banyak fatwa atau kenyataan daripada ulama’ bahawa manusia itu akan lebih menyeleweng apabila mereka mula menolak dan meninggalkan sunnah Nabi Sallallahu'alaihiwasallam dalam kehidupan mereka. Justeru itu, marilah sama-sama kita menginsafi dan menjunjung setinggi-tingginya kitab Allah iaitu al-Qur’an dan juga sunnah Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam kerana ia merupakan dua sumber hukum yang utama bagi umat Islam. 

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا

Maksudnya: “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku telah redha bahawa Islam itu menjadi agama untuk kamu''. Al-Maidah ayat 3

Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam turut berpesan tentang kesudahan setiap tindakan kita. Kebaikan akan dibalas dengan kebaikan dan pahala daripada Allah Subhanahuwata'ala, begitu juga sebaliknya. Ia turut mengingatkan kita untuk sentiasa mengejar kebaikan dan menjauhi keburukan di dalam setiap amalan, tingkah laku dan keperibadian kita. Sekali lagi, hanya ilmu pengetahuan yang boleh mendorong kita ke arah tersebut.

Seorang mukmin sejati akan turut menghiasi keimanannya dengan keindahan akhlak. Iman dan akhlak adalah dua perkara yang saling berkait rapat antara satu sama lain, dan tidak dapat dipisahkan. Akhlak kita merupakan cerminan keimanan kita. Marilah kita menzahirkan keperibadian mukmin kita dengan akhlak yang mulia. Janganlah kita mencemari kemuliaan diri dan maruah agama dengan sikap yang kurang baik. Ingatlah pesanan Rasulullah Sallallahu'alaihi wasallam di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radiallahu anhu,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِهِمْ خُلُقًا

Maksudnya: "Dari Abu Hurairah Radiallahu'anhu. Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda"Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap Isteri-Isteri kalian''.Riwayat Tirmizi (1082)

Dalam usaha untuk memperbaiki diri dan mempertingkatkan kefahaman kita terhadap ilmu agama, manfaatkan peluang untuk menghadiri kuliah-kuliah dan kelas pengajian atau program yang dilaksanakan di masjid dan surau. Pelajarilah ilmu agama daripada sumber yang sahih dan guru yang mempunyai tauliah. 

Sebagai cerminan, seorang ulama tersohor Abdullah ibn Mubarak rahimahullah pernah berkata dalam membicarakan ilmu periwayatan hadith,

الإسناد من الدين ولولا الإسناد لقال من شاء ما شاء

Maksudnya:''Sesungguhnya mempelajari isnad (menyelidiki latar belakang perawi) adalah sebahagian dari tuntutan agama. Tanpa isnad, nescaya sesiapa saja boleh berkata (meriwayatkan hadith nabi) mengikut kemahuannya''.

Belajarlah dari guru yang mempunyai sanad ilmu yang diakui kealimannya dan diakui kesaksiannya. Bukan berguru yang hanya dengan baca buku sendiri atau belajar di internet dan seterusnya faham sendiri. Inilah musibah yang besar pad hari ini apabila orang jahil berbicara urusan agama maka lahirlah kelompok yang sesat lagi menyesatkan.

Beberapa perkara yang perlu sama-sama kita mengambil pengajaran dan penghayatan adalah:

Pertama: Umat Islam hendaklah sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan bagi menjaga dan mengukuhkan keimanan.

Kedua: Hanya dengan ilmu kita akan dapat memahami dan mengamalkan ajaran Islam dengan betul, lebih baik dan sempurna.

Ketiga: Manfaatkan peluang untuk menuntut ilmu melalui kuliah-kuliah dan kelas pengajian atau program yang dilaksanakan di masjid dan surau daripada guru-guru yang mempunyai tauliah.

Marilah kita bersama-sama menghayati firman Allah Subhanahuwata’ala dalam Surah an-Nisa' ayat 162,

لَٰكِنِ الرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ مِنْهُمْ وَالْمُؤْمِنُونَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ ۚ وَالْمُقِيمِينَ الصَّلَاةَ ۚ وَالْمُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَالْمُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ أُولَٰئِكَ سَنُؤْتِيهِمْ أَجْرًا عَظِيمًا

Maksudnya:''Tetapi orang-orang yang mendalam ilmunya di antara mereka dan orang-orang mukmin, mereka beriman kepada apa yang telah diturunkan kepadamu (Al Quran), dan apa yang telah diturunkan sebelummu dan orang-orang yang mendirikan shalat, menunaikan zakat, dan yang beriman kepada Allah dan hari kemudian. Orang-orang itulah yang akan Kami berikan kepada mereka pahala yang besar''. An-Nisa ayat 162


Dosa Yang Tidak Ditunda Atau Segera Balasannya

 Dosa Yang Tidak Ditunda Atau Segera Balasannya Allah Subhanuwata'ala menciptakan syurga dan neraka yang keduanya akan dihuni oleh ummat...