Kelebihan dan keutamaan Ibadah Solat
Ibadah solat adalah salah satu daripada rukun Islam yang wajib diamalkan oleh setiap individu Muslim dalam kehidupan harian.
Lebih dari itu, ibadah solat merupakan amalan fardu yang memiliki keistimewaannya yang tersendiri dengan cara kefarduan ibadah secara langsung terus daripada Allah Subhanahuwata'ala kepada Rasulullah Sallalahu'alaihiwasallam melalui peristiwa Israk dan mikraj.
Ini berbeza dengan amalan-amalan fardu yang lain seperti puasa, zakat, haji dan lain-lain yang difardukan melalui wahyu Ilahi oleh Malaikat Jibril kepada Rasulullah Sallalahu'alaihiwasallam.
Selain itu, ibadah solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab dan disoal pada hari akhirat kelak. Malah ibadah solat mempunyai keistimewaannya sebagai neraca piawaian kepada keseluruhan amalan-amalan yang dilakukan oleh setiap individu Muslim. Dengan kata lain, kedudukan sesuatu amalan kebaikan dan kebajikan bergantung sepenuhnya kepada baik atau buruknya ibadah solat. Ini berdasarkan kepada hadith Rasulullah Sallalahu'alaihiwasallam,
ِ عَنْ حُرَيْثِ بْنِ قَبِيصَةَ قَالَ
قَدِمْتُ الْمَدِينَةَ قَالَ قُلْتُ اللَّهُمَّ يَسِّرْ لِي جَلِيسًا صَالِحًا فَجَلَسْتُ إِلَى أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ فَقُلْتُ إِنِّي دَعَوْتُ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ أَنْ يُيَسِّرَ لِي جَلِيسًا صَالِحًا فَحَدِّثْنِي بِحَدِيثٍ سَمِعْتَهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَعَلَّ اللَّهَ أَنْ يَنْفَعَنِي بِهِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ بِصَلَاتِهِ فَإِنْ صَلَحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ
قَالَ هَمَّامٌ لَا أَدْرِي هَذَا مِنْ كَلَامِ قَتَادَةَ أَوْ مِنْ الرِّوَايَةِ فَإِنْ انْتَقَصَ مِنْ فَرِيضَتِهِ شَيْءٌ قَالَ انْظُرُوا هَلْ لِعَبْدِي مِنْ تَطَوُّعٍ فَيُكَمَّلُ بِهِ مَا نَقَصَ مِنْ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ يَكُونُ سَائِرُ عَمَلِهِ عَلَى نَحْوِ ذَلِكَ خَالَفَهُ أَبُو الْعَوَّامِ
Dari Huraits bin Qabishah dia berkata; "Aku datang ke Madinah dan berdoa, 'Ya Allah, mudahkanlah bagiku -untuk mendapatkan- teman yang salih. 'Lalu aku duduk dengan Abu Hurairah Radliyallahu'anhu, maka aku berkata kepadanya, 'Aku pernah berdoa kepada Allah Azza wa Jalla agar Dia memudahkanku untuk mendapat teman duduk yang salih, maka ceritakanlah kepadaku hadits yang engkau dengar dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Semoga Allah memberikan manfaat kepadaku dengan ilmu tersebut. 'Abu Hurairah berkata, 'Aku mendengar dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. bersabda: " Yang pertama kali dihisab (dihitung) dari perbuatan seorang hamba pada hari kiamat adalah solat; jika solatnya baik maka dia beruntung dan selamat(maka baiklah keseluruhan amalnya), dan jika solatnya rosak maka dia merugi(maka akan turut rosak dan cacatlah keseluruhan amalannya) ." Hammam (salah satu perawi hadits tersebut) berkata; "Aku tidak tahu, apakah ini ucapan Qatadah (salah satu perawinya) atau termasuk matan, dia berkata, "Apabila ada sesuatu yang kurang dari solat wajibnya, Allah berfirman; maka lihatlah apakah hamba-Ku mempunyai solat sunnah?" Lalu kekurangannya dalam solat fardu disempurnakan dengannya. Kemudian semua amalan ibadahnya juga seperti itu." Abul 'Awwam menyelisihi redaksi ini. Al-Nasai,465.
Dari hal ini, jelas betapa ibadat solat memiliki kedudukan yang tinggi di sisi Allah Subhanahuwata'ala sehingga di dalam Al-Quran perkataan solat disebut berulang kali lebih kurang 100 kali.
Ibadah solat sudah tentu tersurat dan tersirat keistimewaan dan kelebihan bagi sesiapa yang menghayatinya. Untuk itu, Al-Quran menggariskan beberapa keistimewaan untuk direbut oleh setiap Muslim yang berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahuwata'ala melalui ibadah solat yang dianggap sebagai permata hati dan penyejuk mata Rasulullah Sallalahu'alaihiwasallam.
1- Ibadah solat sumber kejayaan.
Ibadah solat merupakan tonggak kejayaan dan sumber inspirasi kebahagiaan sejati kepada orang-orang yang beriman kepada Allah Subhanahuwata'ala. Hal ini telah ditegaskan sendiri oleh Allah Subhanahuwata'ala dalam surah al-A'ala, ayat 14 hingga 15,
قَدْ أَفْلَحَ مَنْ تَزَكَّى (14) وَذَكَرَ اسْمَ رَبِّهِ فَصَلَّى (15
Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri (dengan beriman), dan dia ingat nama Tuhannya, lalu dia solat.
Ibadah solat benteng kemungkaran
Antara hikmah dan fadhilat utama ibadah solat kepada umat Islam adalah memelihara individu Muslim daripada amalan kekejian dan kemungkaran.
Sehubungan itu, Allah Subhanahuwata'ala berfirman dalam surah al-Ankabut,ayat 45,
اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ ۖ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ
Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Justeru, solat mampu bertindak sebagai benteng atau perisai bagi seseorang Muslim dapat didasarkan kepada ayat-ayat suci al-aquran yang dibaca berulang kali di dalam ibadah solat itu sendiri yang berupa petunjuk dan peringatan kepada setiap Muslim tentang kewajipan Muslim, hukum halal dan harsm, aspek akidah, akhlak dan sebagainya.
Solat sebagai penawar kesusahan
Ibadah solat merupakan sumber bantuan atau penawar yang paling mujarab bagi seseorang Muslim apabila berdepan dengan sebarang kesusahan dan kesukaran yang mendatang.
Oleh itu, solat bertindak meringankan beban Muslim tersebut dan seterusnya membantunya untuk mengatasi situasi yang sukar atau terbeban itu.
Allah Subhanahuwata'ala berfirman dalam surah al-Baqarah,ayat 45,
وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ
Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',
Baginda Sallalahu'alaihiwasallam sendiri amat menitikberatkan akan hal ini, iaitu tatkala baginda berdepan dengan sebarang masaalah dan kepayahan, baginda Sallalahu'alaihiwasallam akan mendirikan solat untuk memohon pertolongan dan hidayah daripada Allah Subhanahuwata'ala.
Begitu juga apabila keluarganya ditimpa kesusahan, maka baginda Sallalahu'alaihiwasallam akan memerintahkan mereka agar menunaikan ibadah solat.
Ibadah solat menjamin kemenangan
Ibadah solat adalah antara amalan-amalan yang menjamin kemenangan dan juga mendapat sokongan Allah Subhanahuwata'ala di alam dunia ini.
Allah Subhanahuwata'ala akan membantu hamba-Nya yang taat dan patuh kepada segala perintah-Nya terutama sekali yang menunaikan ibadah solat dengan sebaik-sebaiknya.
Firman Allah Subhanahuwata'ala dalam surah al-Hajj, ayat 40 hingga 41,
الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ بِغَيْرِ حَقٍّ إِلَّا أَنْ يَقُولُوا رَبُّنَا اللَّهُ ۗ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا ۗ وَلَيَنْصُرَنَّ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ
(yaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali karena mereka berkata: "Tuhan kami hanyalah Allah". Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa,
الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ ۗ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ
(yaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi niscaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.
Ibadah solat penghapus dosa
Bersesuaian dengan kedudukan ibadah solat antara amalan yang paling afdal dan menduduki darjat yang tinggi di sisi Allah Subhanahuwata'ala, ibadah solat dapat menghapuskan dosa yang berpunca daripada amalan-amalan keji dan mungkar.
Hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui firman Allah Subhanahuwata'ala dalam surah Hud, ayat 114,
وَأَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ ۚ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ۚ ذَٰلِكَ ذِكْرَىٰ لِلذَّاكِرِينَ
Dan dirikanlah solat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang sentiasa beringat.
Ibadah solat adalah matlamat suci para Nabi dan Rasul
Ibadah solat adalah satu matlamat suci yang digalas oleh para Nabi dan Rasul kepada umat masing-masing. Para Nabi dan Rasul memohon taufik dan hidayah daripada Allah Subhanahuwata'ala untuk diri mereka sendiri dan juga umat mereka dalam mendirikan ibadah solat.
Firman Allah Subhanahuwata'ala berkenaan kisah Nabi Ibrahim a.s dalam surah Ibrahim, ayat 40,
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ
Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.
Mengenai kisah Nabi Isa a.s pula Allah Subhanahuwata'ala berfirman dalam surah Maryam, ayat 31,
وَجَعَلَنِي مُبَارَكًا أَيْنَ مَا كُنْتُ وَأَوْصَانِي بِالصَّلَاةِ وَالزَّكَاةِ مَا دُمْتُ حَيًّا
Dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) solat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup;
Begitu juga dengan kisah Nabi Ismail a.s Allah Subhanahuwata'ala berfirman dalam surah Maryam, ayat 55,
وَكَانَ يَأْمُرُ أَهْلَهُ بِالصَّلَاةِ وَالزَّكَاةِ وَكَانَ عِنْدَ رَبِّهِ مَرْضِيًّا
Dan ia menyuruh ahlinya untuk bersolat dan menunaikan zakat, dan ia adalah seorang yang diridhai di sisi Tuhannya.
Ibadah solat tidak ada pengecualian
Perkara yang meningkatkan martabat ibadah solat di sisi Allah Subhanahuwata'ala ialah ibadah solat yang dilakukan sepanjang masa, ketika dan tempat tanpa pengecualian.
Individu Muslim yang sakit tetap diperintahkan mendirikan solat berdasarkan kepada kemampuan yang sedia ada. Kalau tidak mampu berdiri, solat boleh dilakukan dengan duduk. Jika tidak mampu juga dengan duduk, maka ia boleh dilakukan dengan baring, kalau tidak dapat juga, ibadah solat boleh dilakukan dengan isyarat kepala dan begitulah seterusnya sebagaimana yang dibahaskan secara panjang lebar dalam kitab-kitab fikah muktabar.
Begitu juga ibadah solat tetap dilakukan ketika berperang apabila umat Islam yang berjihad diperintahkan juga diperintahkan juga mendirikan solat berdasar kepada kemampuan yang sedia ada juga. Allah Subhanahuwata'ala telah mensyariatkan solat di medan perang dengan penjelasan yang panjang lebar dalam surah al-Nisa ,ayat 102.
Berdasarkan kepada keadaan ini, jelas menunjukkan betapa ibadah mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah Subhanahuwata'ala terutama sekali orang-orang yang sentiasa memelihara solat dan menunaikannya tepat pada waktunya.
Di dalam al-Quran, dikhabarkan betapa orang yang memelihara solat ini merupakan orang yang memiliki iman yang kukuh dalam sanubari jiwanya, bekalan amalan soleh yang mengisi seluruh kehidupannya dan kebahagiaan sejati yang menghiasi setiap detik dan ruang lingkup hidupnya.
Sebagai contohnya, firman Allah Subhanahuwata'ala dalam surah al-Taubah ayat 18,
إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ ۖ فَعَسَىٰ أُولَٰئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ
Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.
Demikianlah antara kelebihan dan keutamaan ibadah solat yang mewajarkan setiap individu Muslim untuk memeliharakannya dengan sebaik mungkin.
Allah Subhanahuwata'ala telah menjanjikan ganjaran yang berlipat ganda kepada sesiapa yang menunaikan ibadah solat mencukupi syarat-syarat dan rukun-rukunnya di sisi syarak.
Dengan ini, barulah setiap Muslim beroleh kejayaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat sebagaimana yang dijanjikan Allah Subhanahuwata'ala.
No comments:
Post a Comment